My ZENYUM Braces Part 2: Sesi Refinement (Penambahbaikan)

set zenyum

Alhamdulillah dah setel jumpa doc hari tu untuk sesi Refinement. Sekarang aku sedang pakai braces set 3 dalam fasa Refinement. 

Bagi anda yang nak tahu proses awal pemakaian Zenyum dan rupa asal gigi aku sebelum pakai braces boleh baca di sini.


Apa itu Refinement?

Refinement ni adalah pilihan bagi mereka yang masih tak berpuas hati setelah selesai sesi pemakaian braces Zenyum.
Dalam kes aku, setelah memakai 15 set braces selama 6 bulan lepas, aku masih kurang berpuas hati dengan hasilnya sebab gigi taring bawah yang aku harapkan untuk masuk ke dalam sedikit tak berapa bergerak. Kedudukannya masih setara dengan gigi atas.
Gigi atas taring tu pun aku rasa sepatutnya ke depan sedikit supaya dia nampak lebih balance dengan gigi lain…

Apa yg berlaku sewaktu sesi Refinement di klinik?

1- Punca Tak Puas Hati

Doc tanya, apa sebenarnya concern aku sehingga memerlukan Refinement sebab di mata beliau gigi aku dah ok.
So aku jelaskan tentang taring bawah dan gigi di atas taring tu.

Pada masa yg sama aku juga bagitau dia tentang sedikit ruang yang terjadi di antara gigi-gigi geraham setelah pemakaian Zenyum.

Ruang tu menyebabkan kesakitan setiap kali aku makan sebab makanan akan tersekat di situ, so aku syak ianya terjadi disebabkan gigi bergerak dari kedudukan asal.

Pada mulanya doc kata tak mungkin, sebab Zenyum takkan mampu menggerakkan gigi-gigi geraham katanya. Tapi selepas dia tengok sendiri ruang tu terdiam jugak dia hehe

senyuman zenyum
Senyuman masih kurang seimbang disebabkan gigi taring bawah kiri (dalam gambar kanan) tu yang masih menjadi halangan kepada gigi atasnya untuk lebih menyerlah. Ehehh, pandai je aku buat hipotesis.

Ada sedikit ruang halus di antara gigi taring bawah. Itulah ruang yang dikikis oleh doc hari tu.

So selepas dia cek gigi taring bawah, gigi atas dan ruang antara geraham tu, dia setuju untuk perbaiki ketiga-tiga kerisauan aku ni.

Eh, boleh pun!

Haaaa… Kat situ aku nampak yang doc akan buat gigi kita ikut mana yang dia rasa paling ok. So sekiranya korang belum dapat result yang korang nak, discuss dulu dengan doc sekiranya ianya boleh diubah mengikut kehendak korang. Tak bertanya sesat jalan, maka tak rugi pun bertanya ya adik-adik.

2- Risiko

Dalam kes aku ni juga, ada sedikit risiko yang doc dah terangkan terlebih dahulu. Katanya kalau dia tarik lagi gigi atas tu, ia akan mengakibatkan ruang gusi di bahagian tu lebih kecil. It was a cosmetic concern, so aku bagitau dia untuk teruskan sahaja sesi Refinement tersebut.

3- Cerapan & Kikis Gigi

Selepas sedikit analisa, doc mengambil cerapan dan gambar gigi kali ni seperti yang dibuat awal dulu.

Seterusnya beliau tanggalkan semula komposit yang ditampal waktu awal pemakaian Zenyum dulu dan dikikisnya sedikit gigi taring bawah yang masih perlu diperbaiki tu. Nak bagi ruang antara gigi bawah katanya, supaya gigi tu boleh bergerak masuk ke dalam. Tiada komposit ditampal pada gigi kali ni.

Dekat sejam juga selesai semuanya. Dan RM300 juga melayang haha... Tapi takpelah, nak pakai ni sekali seumur hidup je, aku lebih rela bayar ekstra tiga rat daripada nak pakai lagi selepas sedekad, haih!

Empat Minggu Kemudian…

Aku dihubungi oleh customer service depa yang mesra alam, Khaliesah untuk sesi mengambil set baru Zenyum di klinik. Dan seperti sebelum ni, doc bagi sedikit penerangan tentang penggunaan braces dan penjagaannya. Dia tak cakap banyak pun sebab tahu kita pun dah sedia maklum kan. Tiada bayaran untuk sesi kalini, fuh lega 😅

Benda yang perlu dikunyah selama 5 minit apabila memakai braces (kiri/atas) dan pek braces lutsinar (kanan/bawah).
Aku ada tunjuk cara kunyah benda kiri/atas tu di story Instagram.

Kali ni aku cuma perlu pakai selama 3 bulan. Cuma ada 12 braces yang perlu dipakai so ok lah kan. Dan aku juga perasan braces kalini doc buat panjang sedikit, meliputi gigi geraham (dulu tak panjang sampai hujung), so aku assume dia nak tutup lubang antara geraham yang aku bagitau dia hari tu.

And yessss, setelah set ke-3 ni aku boleh rasakan perbezaan sewaktu makan. Lubang tu dah mengecil dan tiada lagi makanan tersekat di situ. 
So kesimpulannya, kalau rasa ada masalah ke, sakit ke, jangan disimpan perasaan tu ye gais, benda boleh bincang so discuss with your doc :) 

Akhir Kata…

2 down, 10 more braces to go!💪🏻  Dan selepas semua ni setel, sis kena pakai retainer forever pulak hahahaha adoi macam ni lah nasib kami yang asalnya gigi berlapis ni. Jenuh juga penjagaan kecantikan macam ni kan. So mak pak, silalah jaga gigi anak-anak sedari kecil. Bila dah besar payah oooo nak cantikkan balik!
Apa-apa pun Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya🙂

Nanti dah selesai semua sesi pemakaian as usual aku akan upload result kat sini ya. Stay tuned!

Ulasan

Ikuti Saya

What Do You Think?

Artikel Popular